KUALA LUMPUR: Kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang mengkaji dan meneliti semula kemungkinan penggunaan tenaga kerja sementara daripada komuniti pelarian dan pencari suaka di Malaysia, dalam usaha menangani isu kekurangan tenaga kerja di sektor perladangan.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pada masa ini, kerajaan di bawah MKN jelas tidak membenarkan pelarian atau pencari suaka untuk bekerja di semua sektor di Malaysia termasuk sektor perladangan.
"Sebelum ini terdapat projek rintis yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi membenarkan golongan pelarian ini bekerja, namun projek ini tidak berjaya dan perkara ini dalam kajian semula oleh pihak MKN," katanya semasa sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Negara di sini hari ini.
Perkara tersebut dibangkitkan Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai yang mencadangkan kementerian berkenaan meneliti penggunaan tenaga kerja sementara daripada komuniti pelarian atau pencari suaka bagi menangani isu kekurangan tenaga buruh di sektor perladangan negara.
Selain itu, Fadillah juga berkata kerajaan sentiasa komited untuk mendokong sektor agrikomoditi di sebalik pelbagai cabaran yang dihadapi menerusi pelbagai usaha bagi memastikan produk agrikomoditi berdaya saing, selain penekanan terhadap aspek pembangunan dan pengkomersialan teknologi.
"Kementerian ini sentiasa komited dalam melaksanakan pelbagai kaedah dalam memodenkan peralatan dan kaedah penanaman dalam sektor sawit termasuk mempergiat promosi penggunaan mekanisasi dan automasi melalui Konsortium Penyelidikan Mekanisasi dan Automasi Sawit (MARCOP)," katanya.
Jelas beliau, kementerian berkenaan dan pihak industri turut membiayai MARCOP melalui geran padanan sebanyak RM60 juta secara keseluruhan pada 2021 dan sebanyak 23 permohonan telah diterima sehingga kini.
"Pada masa sama, dana berjumlah RM50 juta turut disediakan pada tahun ini melalui geran sepadan yang diumumkan semasa Belanjawan 2023 untuk mengalakkan automasi serta perladangan melalui penggunaan robotik dan kecerdasan buatan (AI)," katanya.
Mengenai menaik taraf pelaksanaan program biodiesel daripada B10 ke B30 seperti yang disasarkan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12), Fadillah berkata perluasan program berkenaan adalah tertakluk kepada ketersediaan infrastruktur di depoh-depoh yang terlibat dan akan mengambil masa sekurang-kurangnya tiga hingga empat tahun.
"Terdapat keperluan untuk menyemak semula sasaran tersebut dan ketika ini, program B10 dalam sektor pengangkutan adalah mandatori di Malaysia dan program B20 telah pun dilaksanakan di Langkawi, Labuan, Sarawak (kecuali Bintulu)," tambahnya.
Dalam RMK12, kerajaan menyasarkan pengenalan program biodiesel B30 menjelang 2025.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 04 2023
Pada masa ini, kerajaan di bawah MKN jelas tidak membenarkan pelarian atau pencari suaka untuk bekerja di semua sektor di Malaysia termasuk sektor perladangan. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Faisal Halim akan jalani pembedahan keempat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] Dua individu ditahan cuba masuk Istana, parang dirampas
Polis menahan dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat.
Kerajaan sedia pakej internet berkelajuan tinggi untuk langganan sekolah KPM mulai 1 Julai - Fahmi
Kerajaan akan menyediakan pakej khas langganan internet jalur lebar talian tetap berkelajuan tinggi untuk dilanggan sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai 1 Julai ini.
Remaja hilang ditemukan lemas di Sungai Besut
Seorang remaja lelaki yang tenggelam ketika mandi di Sungai Besut di Kampung Tanjung Lali, dekat Kampung Raja di sini kira-kira 5 petang semalam, ditemukan mati lemas pagi ini.
Sokong PM: 'Saya tidak akan jawab surat Bersatu' - Syed Abu Hussin
Syed Abu Hussin menyifatkan surat itu tidak membawa apa-apa makna kepadanya.
Serangan Balai Polis: PDRM pantau kemungkinan kewujudan kumpulan pengganas
Saifuddin berkata, pihak polis mempunyai pengalaman selama 217 tahun, dan beliau menzahirkan keyakinan terhadap kemampuan polis untuk mengurus insiden tersebut, serta terus membuat pemantauan terhadap sebarang kemungkinan kewujudan kumpulan pengganas.
Mayat lelaki ditemui di sempadan Mexico- AS, cetus ketakutan migran lain
Pejabat pendakwa raya di utara Mexico menyiasat kematian seorang migran di sebuah lokasi bersempadan dengan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Kejayaan bidaan Brazil bermakna edisi ke-10 kejohanan ini akan diadakan di Amerika Selatan buat kali pertama.
'Malaysia antara negara paling aman, namun jangan ambil mudah' - Zahid Hamidi
Insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi semalam sehingga mengorbankan dua anggota polis tidak boleh diambil mudah walaupun negara berada dalam keadaan aman.
Banjir kilat Perak: 'Rumah hanyut, kenderaan tenggelam'
Banjir kilat yang berlaku di tiga daerah di Perak, bermula malam Khamis turut menyebabkan sebuah rumah di Kampung Jelutong, Bukit Gantang dihanyutkan arus deras.
Dua beranak melecur disimbah petrol, dibakar di Cheras
Dua beranak melecur selepas dua lelaki warga asing menyimbah petrol dan membakar mereka di padang permainan, Kampung Baru Cheras, di sini, Sabtu lalu.
Lebih ramai Rohingya lari ke Bangladesh susulan pertempuran etnik di Myanmar
Ramai telah menyeberang ke kem pelarian Rohingya di tenggara Cox's Bazar yang menempatkan kira-kira 1.2 juta komuniti Islam dari Myanmar.
Tahanan lolos di Bidor: Seorang maut kemalangan, tiga lagi diberkas
Kejadian berlaku di Kilometer 332.5, berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah.
Dua lelaki Rohingya lolos depot tahanan dicekup selepas solat Subuh
Curiga dengan keadaan mereka yang berpakaian lusuh, penduduk terus menahan dan menghubungi pihak polis.
Kem terbakar: 4,000 pelarian Rohingya ditinggalkan tanpa perlindungan
Kebakaran yang memusnahkan kompleks tempat perlindungan padat diperbuat daripada buluh berlaku di sebuah kem di tenggara Bangladesh.
UNHCR gesa tindakan segera selepas cubaan usir pelarian Rohingya di Banda Aceh
UNHCR menggesa pihak berkuasa tempatan supaya mengambil tindakan segera bagi memastikan etnik Rohingya dilindungi.
Polis, PGA gempur kawasan penempatan Rohingya
Operasi digerakkan selepas mengesan video tular mengenai keresahan penduduk terhadap kehadiran etnik tersebut pada 12 Dis lalu.
Empat beradik termasuk bayi ditemui terabai, ditinggal sendirian
Pegawai JKM telah membuat siasatan segera ke lokasi kejadian dan mendapati ibu bapa kanak-kanak tersebut merupakan warga Rohingya serta sebelum ini sering berpindah-randah.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia perlu batalkan lima reservasi dalam Konvensyen Hak Kanak-Kanak - Pesuruhjaya Suhakam
Malaysia perlu membatalkan kesemua lima reservasi yang masih terpakai terhadap Konvensyen Hak Kanak-Kanak (CRC).